|
|
| Sunday, 23-Aug-2009 14:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RAMADHAN 2, 1430h
|
 |
|
---nikon---
|
|
|
LUMRAH awal Ramadhan di Malaysia akan bermula dengan hujan.
Tetapi kali ini hujan turun begitu lebat. Sehinggakan tak dapat nak bergerak dengan motor langsung.
Agaknya kalau sehari lagi hujan mau banjir daerah PJ ini.
Pengertian Ramadhan iaitu panas belum terserlah. Pernah satu tahun dahulu Ramadhan digenangi banjir sehingga hari raya. Mungkin kepanasan global telah menukarkan aroma Ramadhan kepada sejuk pulak.
Wallahuaqlam.
Tinggal kami bertiga beranak menyambut Ramadhan tahun ini.
Kalau terasa sunyi pun kena biasakanlah.
Alah bisa tegal biasa.
Kalau kat UT seronok waktu bekerja sahaja, balik ke rumah dah mula terasa kosong kerana persekitaran yang memang dah/akan sepi hingga keesokkannya.
Tetapi di sini masih kedapatan 'moving drama' sehingga ke tengah malam.
Kesimpulannya UT dan TB menyediakan kehidupan kepada saya.
Kena redha.
Kalau tidak ALLAH murka.
Sudah melebihi sebulan mencari 'body' sh Nikon untuk dibuat 'spare'. Job dah mula masuk, oleh itu kena selalu beringat supaya kerja photog tidak tergendala kelak.
Nikon D200 walaupun 'brand-new' namun tak boleh diharap seratus-peratus.
Hari ini bawa balik body D70, siap dengan lensa 18-70mm ED, strap baru dan berstatus 'BOXED'.
Susah nak dapat macamtu. TELECOLOR tahu kehendak saya.
Hampir sejam meneliti body D70 akhirnya RM1.2k terebang melayang.
PUAS HATI
| Quote: | | D70 juga adalah untuk kegunaan cinta. Pernah minta dibelikan satu. SH tak pa kot |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Aug-2009 14:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RAMADHAN
|
|
RAMADHAN datang lagi.
Rupanya doaku dimakbulkan ALLAH iaitu meminta supaya dapat berada
di dalam bulan yang paling tinggi fadhilat pada tahun in/1430h.
Tahun ini fikiran saya lebih tenteram. Tidak perlu tergocoh2 menerjah PLUS saban hari.
Tadi berbuka puasa dengan ibu.
Ada adinda FIKRI, NABIL dan SALWA. Sudah tentu ISTERI dan AMAD pun ada sama.
Selepas berbuka berjemaah MAGHRIB, ISYA' dan BERTARAWIH.
SUATU kelegaan dapat membeli makanan/lauk tunjuk dan di jamah ibu.
Apa lagi yang diperlukan di dalam hidup ini jika sudah berada disamping/diingatan ibu.
Adakah anak2 saya juga akan berusaha mencari redho seorang ibu seperti yang saya lakukan.
Saya telah menunjukkan contoh yang terbaik.
Mereka pun telah melihat contoh berkenaan.
Terserahlah.
Juzz ROZEL bakal dihidangkan
-----kerabu betik-----
sudah berusia 18 tahun dan ______________
SELAMAT BERPUASA.
MAAF ZAHIR BATIN kepada ibu/adik2/saudara mara/sahabat handai/jiran sekelian
| Quote: | | hutang tetap hutang----ada ubi ada batas, menanti hari untuk dibalas |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Aug-2009 15:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IBADAT YANG DIRUKUNKAN oleh ALLAH
|
 |
|
sahur ngan tenggiri masammmmm
|
|
|
YA LAH tu-----
Yang jauh di mata akan selalu diingati.
Yang dekat pulak akan tetap dilayan.
Bila datang Ramadhan akan banyak membuat hati/perasaan menjadi berbaur
di antara suka/sedih bila mengenangkan betapa ALLAH masih memberikan peluang
saya beribadat.
Teringatkan ibubapa yang melahirkan saya.
Teringatkan saudaramara yang mengelilingi saya selama ini
dan bertanggung jawab membentuk peribadi saya.
LAPAR DAHAGA bukan pengukur sebenarnya.
ISTILAH LAPAR DAHAGA tidak menjejaskan peribadi saya tetapi implikasi di sebaliknya
terlalu abstrak. Hanya ALLAH yang lebih tahu.
BANYAK perkara yang berkaitan syariat tidak diketahui lantaran kekurangan ilmu agama.
Jom kita berpuasa. tahun 1430h ini.
Kita bertobatlah.
Banyakkan solat sunat.
Banyakkan membaca AlQuran.
SELAMAT BERPUASA
| Quote: | | nak promosi sikit lagi....jangan marahhhh |
TEMPAHAN
30/11/2009 - SgLIMAU, Yan[kompom]
12/12/2009 - SgLIMAU DALAM, Yan[kompom]
19/12/2009 - Alor Setar[kompom]
| Quote: | | sebarang rundingan sila hubungi saya 0192839192 |
jangan mareeee
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Aug-2009 12:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DAH TERBANG
|
 |
|
ibubapa jangan dilupa
|
|
|
BERTOLAK ke KELANG Jumaat pagi selepas kelas tambahan.
Perjalanan cukup terancang, tenang dan relax.
Kali ini kena singgah di rumah IPAR di MERU[ Tmn Bukit Kapar ].
Sengaja bertolak awal supaya dapat BANYAK berehat bagi mengumpul tenaga nak balik kelak.
Itu hanya perancangan______
Bertolak balik ke utara jam 1110 tgh malam tetapi malangnya terpaksa berhenti juga bagi melayan mata yang sudah tidak bermaya. Kemampuan hanya setakat TAPAH.
Melilau punya melilau terjumpa REST HOUSE TAPAH, ada kosong lak tu____apa lagi.
KELUAR dari TAPAH mencari laluan ke KUALA KANGSAR keraa ingin berjumpa adinda NABIL.
Nasib cukup baik kerana dapat laaaa makan free tengahari nih....
SEMBANG lebih kurang dan jam 1200 terus menuju ke_______
sikit lagi.......
31 OGOS 2009 di dalam RAMADAN al Mubarak
| Quote: | 1230 Shiham dah sampai FRANKFURT. 430pm tiban di PRAGUE.
Belajar rajin-rajin....jangan dok merapu. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Aug-2009 23:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
 |
|
ibu dan anak----kebun cempedak
|
|
|
Boyam dah nak balik PRAGUE
ESOK nak berangkat. Setahun lagi akan berjumpa.
Cinta minta ditemani mencari cempedak.
Saya dan BOYAM mengikut sahaja______
......ke KLIA
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Aug-2009 09:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASAMANIS
|
 |
|
m a n g g i s
|
|
|
PENANDA yang musim buah2an akan menuju noktah 2009.
BETUL macam yang dikatakan, di sini memang puas jika suka makan buah2an.
Ternyata banyak kualiti tersendiri yang hanya " jauhari " yang mengenal manikam.
Saya tak tahu apa-apa tentang kualiti buah2an.
Jika orang kasi saya bawa balik makan di rumah.
Teringat saya pernah memilih buah durian pasar malam.
Pernah bertanya penjual durian bagaimana isi durian berkenaan.
Lantas penjual berkata " isi dok dalam bang oiiii....mana boleh tau lagu mana ".
Malu alah punya pasai belilah dua tiga bijik.
Arakiannya boleh makan dua bijik sahaja. Sebijik lagi dihuni ulatulatulatulatulat------
Tetapi orang/cikgu di sini sanggup kerat jari tentang kualiti durian.
Al maklumlah harta punya depa bertahun-tahun daaaaaaaa.
Kalau depa kata isi durian pahit ka, manis ka memang betul.
Tetapi orang/cikgu di sini tak jual durian depa tu kat saya--------
Kalau saya angguk kerap sikit maka banyaklah durian akan masuk bonet kereta saya.
POLITIK------
Kehidupan di sini agak______ Matahari nak jatuh pun lambat.
Puas kereta berjemur panas sebelum dibasuh. Kalau hujan pulak lambat nooooor nak kering.
Puas juga nak biasakan dengan corak perjalanan kehidupan harian yang seolah-olah tidak bergerak.
Sebab itulah saya dan cinta sering bertandang ke SP kerana sudah terbiasa dengan " moving drama ".
Cumanya tak terkeluar/tersohor perkataan " cemuih " sahaja------
Seorang sahabat/kenalan/pegawai di JPNK bertanya " hang tak mau balik mai AS kaa "
Dan saya pulak menjawab " tak kelapaq balik AS ".
Agaknya satu hari nanti saya kena jilat ludah itu balik-------
Persoalannya bila :::::::::::::
Saya senang di sini.
Isteri saya senang di sini.
Kami berdua tenang di sini.
Nantilah setahun dua lagi akan balik juga kami ke AS.
Sayang rumah di TB, semakin usang nanti-----
Kesian kepada emak yang sering menanti saya balik saban minggu.
Nanti saya balik mak------
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Aug-2009 03:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERSOALAN DIRI
|
 |
|
umah along
|
|
|
BANYAK perkara yang berlaku dan perlukan pertimbangan yang bijak.
Jangan cepat sangat dijatuhkan " hukuman ".
| Quote: | | dalam filem 'madu tiga' Alias Kongo ' pernah berkata " hidup pun susah, mati naik keleta spot kaa " |
Minggu ini agak sibuk.
Banyak tajuk perlu dikemas kini.
Nak wat camana dah jadi kuli.....
Lain laaa kereja sendiri, petang-petang pi main golffffff.....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Aug-2009 04:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WABAK ORANG BANDAR sudah MENERJAH KE DALAM HUTAN
|
 |
|
bukan kucing utan....mutasi dari bandar
|
|
|
SELASA bebaru nih balik sekejab ke AStar.
Ada urusan di JPNK.
Saja ajak isteri ikut sama supaya boleh berada lama sikit di Astar.
Boleh ziarah ibu.
Ada seorang sahabat telefon saya menyatakan SMKA SIK ditutup lantaran INFLUENZA_______
Sahabat berkenaaan sedang dalam perjalanan ke SIK.
Saya yang sedang di JPNK jadi sikit gabra kerana AMAD ada di sana.
Rupanya begitu dahsyat penyakit INFLUENZA_______ ini.
Dia tak kira adik beradik/mak/abang/kakak/ipar lamai/biras------semua dia bedal ikut sedap sahaja.
Ada orang menamakan INFLUENZA ini sebagai selesema BABI.....memang babi pun
cempedak untuk________
mata kucing ini________
suku sakat CHARLES DARWIN
MINGGU ini nak memerap di dalam hutan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Aug-2009 08:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BUKAN SENANG NAK SENANG
|
|
KERJA tak pernah habis. Takdan katup fail nihhh, sat gi depa bokmai yang lain pulak.
Semuanya akan di pesan dengan nota kecik...SEGERA.
Ramai bakal pengantin dok email/telefon bertanyakan servis pada cuti panjang nanti.
Sejak dok sini tak pernah dapat beri jawapan segera. Apa boleh buat sebab kena utamakan
isteri tercinta dahulu. Kena tanya/bincang dengan isteri berkenaan tarikh yang diberikan.
Saya tidak akan tinggalkan isteri di sini untuk mengejar wang yang tak seberapa....
Fotografi masih merupakan hobi bagi saya. Bukan mata pencarian saya.
Ada kengkawan jurufoto yang resign kerja kerana nak concentrate di dlm profesion fotografi.
Saya salute kat depa kerana berani amik risiko.....
I'm not a risk taker.....
Hanya hobi ini sahajalah yang tinggal dan masih kekal sejak tahun 1979 dahulu.
Masa tu dah mula pegang CANON A-series, CANON AE-1.
Lepas tu baru beli sendiri CANON AV-1.
Harganya RM800[baru] saja masa dulu tetapi sebulan merana makan angin-------
Hobi yang lain dah tak leh nak teruskan lagi lantaran_______________.
Cuti panjang nih nak buat kerja lebih sikit. Ada sebabnya_________
TEMPAHAN
3/10/2009 - JALAN LANGGAR[album kustom]
24/10/2009 - ALOR SETAR[album kustom]
21/11/2009 - BALING[album kustom]
23/11/2009 - CAROK KANGAR[album kustom]
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Aug-2009 14:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JOBJOBJOBJOBJOBJOB
|
 |
|
----lobi----
|
|
|
TANJUNG BUNGAH BEACH HOTEL
MASUK jaa jambatan ppinang terus bercelaru.
JEREBU tebal.
ADA Bangla dok repair jalan. Sesak nak mampuih.
lobi yang berdesub dengan angin laut-----
Pagi keesokannya berdua berjalan di gigi pantai.
Yang heran takdak sorang pun yang terejun ke laut----eish eish eish
tempahan dah mula masuk untuk NOVEMBER/DISEMBER.
| Quote: | yang sebenarnya pi airport amik BOYAM balik dari JOHOR Bharu.
Malas nak drive balik UT terus book hotel barang semalam |
|
|
|
|